Shigeru Ishiba
Shigeru Ishiba

Shigeru Ishiba

Shigeru Ishiba (Bahasa Jepun: 石破 茂, Ishiba Shigeru, lahir 4 Februari 1957) ialah seorang ahli politik Jepun. Ishiba adalah ahli Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Heisei-Kenkyukai (bahagian faksi parti yang diketuai oleh Fukushiro Nukaga) sehingga 2011.[1]Ishiba berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Agensi Pertahanan Jepun di bawah Perdana Menteri Junichiro Koizumi dari tahun 2002 hingga 2004. Beliau adalah Menteri Pertahanan di bawah Yasuo Fukuda dari tahun 2007 hingga 2008 dan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan di bawah Tarō Asō dari tahun 2008 hingga 2009. LDP kehilangan majoriti pada 2009, menjadikan mereka sebagai Pembangkang.Pada 2012, beliau berusaha untuk mencabar Ketua Pembangkang Sadakazu Tanigaki untuk menjadi presiden LDP, tetapi dikalahkan oleh bekas Perdana Menteri Shinzō Abe. Dia menerima jawatan Setiausaha Agung LDP pada 27 September 2012. Dari 3 September 2014[2] hingga 3 Ogos 2016, dia bertugas di kabinet sebagai menteri yang mengawasi revitalisasi ekonomi dan dasar-dasar yang bertujuan untuk membalikkan kadar penurunan penduduk.

Rujukan

WikiPedia: Shigeru Ishiba http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://asia.nikkei.com/Politics-Economy/Policy-Pol... http://www.japantimes.co.jp/news/2013/12/01/nation... http://www.japantimes.co.jp/news/2013/12/02/nation... http://www.japantimes.co.jp/news/2014/09/03/nation... http://www.japantimes.co.jp/text/nn20070927a4.html http://www.japantimes.co.jp/text/nn20091008f1.html http://www.japantimes.co.jp/text/nn20120928a3.html http://www.yomiuri.co.jp/dy/national/20070926TDY01... http://www.yomiuri.co.jp/dy/national/20080922dy04....